KUALA LUMPUR: Nik Nazmi bin Nik Ahmad bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Timbalan Presiden Parti Bersama dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Shahrinaz Maamor Pengasas NGO Yayasan Hijau di Petaling Jaya pada Khamis.
Kedua-duanya difahamkan ditahan kira-kira jam 6 petang sebelum dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam bagi proses dokumentasi.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, mengesahkan satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan seorang figura awam dilakukan di Kondominium Armanee Terrace PJ B-12A-C07, daerah Petaling pada waktu berkenaan.
Menurut beliau, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Beliau menjelaskan, sabitan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk rekod, Nik Nazmi Nik Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Imaan Abdul Rahim, pada 7 Ogos 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Perkahwinan itu berakhir pada 2 Julai 2019 apabila Nik Nazmi melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Zaim Md Yudin di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kedua-duanya bersetuju berpisah secara baik, dengan hak jagaan anak diberikan kepada Imaan manakala Nik Nazmi memperoleh hak lawatan dan bermalam.
Nik Nazmi kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita yang dikenali sebagai Farah pada Januari 2021. MalaysiaGazette, menerusi laporan bertarikh 9 Januari 2021, melaporkan majlis pernikahan itu berlangsung sehari sebelumnya dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19. Nik Nazmi turut mengumumkan pernikahan tersebut melalui media sosial serta mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan yang diterimanya.

LAPORAN
TANGKAPAN KHALWAT TERHADAP NIK NAZMI DAN SHAHRINAZ
Pada jam 1840, Nik Nazmi dan Shahrinaz dibawa ke pejabat JAIS, Shah Alam untuk proses dokumentasi (tiba di pejabat tersebut lebih kurang jam 1937).
Pada jam 1534, Nik Nazmi dan Shahrinaz bergerak daripada Menara Sentral Vista, Brickfields dengan menaiki kenderaan DEU9599 (Volvo XC90/ Hitam).
Pada jam 1604, Nik Nazmi memasuki kediaman beralamat B-12A-C07, Armanee Terrace; dan
Pada jam 1605, Shahrinaz kemudian memasuki kediaman yang sama.
Pada jam 1807, Pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kekuatan lima (5) orang telah tiba dan memasuki kediaman.
Semasa serbuan dijalankan, hanya Nik Nazmi dan Shahrinaz berada di dalam kediaman tersebut.
