SPRM Digesa Siasat Dakwaan Kontraktor Taja Lawatan Percutian Pengarah dan Pegawai SPRM Terengganu bagi Program Pendakian Gunung Kinabalu, Sabah

KUALA LUMPUR — Satu pendedahan serius mengaitkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bersama dua pegawainya dengan seorang ahli perniagaan dalam percutian ke Sabah dan program mendaki Gunung Kinabalu pada Jun 2025.

Dakwaan itu bukan sekadar bersandarkan gambar percutian atau kebetulan mereka berada di lokasi sama. Maklumat yang didedahkan menyebut tarikh pembelian tiket, jumlah transaksi, nombor penerbangan serta empat nama yang didakwa berada dalam satu rekod tempahan.

Persoalannya siapa yang membayar tiket dan perbelanjaan perjalanan pegawai-pegawai SPRM berkenaan?

Pendedahan itu mendakwa seorang ahli perniagaan, Abdul Haq bin Ab Wasa, yang dikaitkan dengan Estetika Medispa Sdn Bhd (Kini Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd) telah membiayai tiket penerbangan untuk dirinya bersama tiga pegawai SPRM Terengganu.

Tiga pegawai yang dinamakan ialah Hazrul Shazreen bin Abd Yazid @John sebagai Pengarah SPRM Terengganu; Muhamad Syakirin bin Alwi, Ketua Siasatan Negeri; dan Mohd Yuslin bin Yusoff, seorang pegawai SPRM

Semuanya kecoh selepas satu siri hantaran di Threads oleh pemilik akaun @arsyauliaoctaviona, bekas staff atau individu yang mengenali kontraktor mencetuskan isu integriti penjawat awam terutamamya Pegawai SPRM yang menguatkuasakan  undang-undang rasuah.

SIAPA ABDUL HAQ AB WASA- ESTIKA MEDISPA HOLDINGS SDN BHD?

Abdul Haq bin Ab Wasa ialah pengasas, penasihat dan Pengarah Eksekutif Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd. Beliau menubuhkan Estetika Medispa Sdn. Bhd. pada 2015 selepas meninggalkan perkhidmatan kerajaan, dengan cawangan pertamanya dibuka di Kuala Terengganu. Bermula dengan hanya sebuah cawangan, Estika Medispa kini berkembang menjadi rangkaian 37 cawangan francais di seluruh Malaysia.

Syarikat berkenaan kemudiannya dikenali sebagai Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd. Abdul Haq dilantik sebagai pengarah sejak 17 Ogos 2015 dan merupakan pemegang saham tunggal syarikat dengan pegangan sebanyak 500,000 saham, bersamaan 100 peratus.

Menurut pendedahan itu Abdul Haq merupakan seorang ‘mastemind’ dan kebal boleh mengawal penguatkuasa di Terengganu khususnya Pengarah SPRM Negeri. Hubungan dengan SPRM menjadi “kad kebal” yang membolehkannya terlepas daripada tindakan. Turut dibangkitkan ialah dakwaan pemberian “sumbangan” kepada pegawai tertentu serta penggunaan anggota polis dalam menangani pertikaian dengan pekerja.

Oleh kerana Hazrul Shazreen bin Abd Yazid @John dikatakan jenis gatal dan ‘kaki perempuan’ maka mudahlah Abdul Haq mengumpan pengarah dan pegawainya.

Abdul Haq kata setia kepada isteri tapi diluar dia menjadi ‘supplier’ wanita muda kepada pegawai seperti Datuk John Pengarah SPRM Terengganu. Betulkah Abdul Haq ni seorang suami setia?

@nona.my

Sebagai seorang pengasas Estika Medispa, Dr Abdul Haq sentiasa menjaga penampilan dirinya. Walau bagaimanapun, gaya penampulan dirinya boleh membuatkan isterinya risau jika digoga oleh pihak ketiga. Persoalannya sekarang, apakah cara-cara Dr Haq untuk memastikan dirinya sentiasa setia kepada isterinya? #majalahnona

♬ original sound – NONA – NONA



Bukan itu sahaja banyak lagi kejahatan dilakukan oleh Abdul Haq dan pekerja yang setia kepadanya

“Cuci Wang’ dengan Ganu Playland Sdn Bhd

Menurut hantaran Threads @arsyauliaoktaviona itu lagi Abdul Haq Ab Wasa menggunakan syarikat Ganu Playland Sdn Bhd untuk ‘cuci wang’ bagi menghasilkan sejumlah resit palsu, selain menamakan seorang pengurus akaun dan ketua pegawai operasi sebagai pihak yang didakwa menguruskan operasi tersebut.

Tempahan tiket dan perbelanjaan percutian

Berdasarkan maklumat yang didedahkan, tiket berkenaan didakwa dibeli pada 25 Mac 2025 bagi perjalanan dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu pada 14 Jun 2025 menerusi penerbangan AK5346.

Penerbangan pulang pula didakwa dijadualkan pada 21 Jun 2025 menggunakan penerbangan AK5345.

Kesemua empat individu berkenaan didakwa diletakkan dalam satu tempahan yang sama.

Lebih serius, pembayaran berjumlah RM2,706.07 didakwa dibuat kepada syarikat penerbangan menggunakan kemudahan kad kredit yang mempunyai kaitan dengan Abdul Haq atau Estetika Medispa Sdn Bhd.

SPRM Putrajaya tidak perlu mengambil masa lama untuk menentukan sama ada dakwaan ini benar. Rekod bank dan syarikat penerbangan boleh menunjukkan:

* siapa yang membuat tempahan;

* nama semua penumpang;

* kaedah pembayaran yang digunakan;

* pemilik sebenar kad kredit;

* sama ada kos berkenaan dicaj kepada akaun syarikat; dan

* sama ada pegawai SPRM terbabit membayar semula bahagian masing-masing.

SPRM perlu menjelaskan atas dasar apakah seorang ahli perniagaan didakwa membiayai perjalanan pegawai SPRM ini.

Hantaran Gunung Kinabalu Selari dengan Tarikh Perjalanan

Bahan pendedahan turut memaparkan tangkap layar akaun media sosial Pengarah SPRM Negeri menggunakan nama “Shazrean Hazrul”, yang memuat naik kandungan bertajuk “Gunung Kinabalu 2025” sekitar 22 Jun 2025.

Satu lagi akaun menggunakan nama “HaqWasa” turut memuat naik gambar berkaitan pendakian Gunung Kinabalu dengan kapsyen “Alhamdulillah, We did it” sekitar 23 Jun 2025.

Tarikh hantaran tersebut jelas selari dengan tempoh perjalanan ke Sabah yang didakwa berlangsung antara 14 hingga 21 Jun 2025.

SPRM perlu mendapatkan rekod asal daripada syarikat penerbangan, bank, pengendali pendakian, premis penginapan serta Sabah Parks bagi menentukan siapa yang menyertai perjalanan dan siapa yang membiayainya.

Bukan Tiket Sahaja—Seluruh Perjalanan Didakwa Ditanggung

Sumber pendedahan mendakwa pembiayaan tidak terhad kepada tiket penerbangan.

Abdul Haq turut didakwa menanggung perbelanjaan makan minum, penginapan, pengangkutan, aktiviti rekreasi dan perbelanjaan lain sepanjang rombongan berada di Sabah.

Semua ini pastinya rekod penyata bank, resit hotel, permit pendakian, pembayaran kepada pengendali pelancongan dan transaksi kad kredit sepanjang tempoh berkenaan.

Siasatan juga perlu menentukan sama ada pegawai terbabit bercuti atas urusan peribadi, menjalankan perjalanan rasmi atau membuat apa-apa tuntutan perjalanan daripada kerajaan.

Jika mereka menerima pembiayaan pihak luar tetapi turut membuat tuntutan rasmi, perkara itu akan menimbulkan satu lagi persoalan yang lebih berat.

Hubungan Abdul Haq dengan SPRM Terengganu?

Isu sebenar bukan semata-mata tiga pegawai kerajaan bercuti bersama seorang ahli perniagaan.

Hubungan sosial seperti itu menjadi isu kepentingan awam apabila ahli perniagaan tersebut mempunyai atau pernah mempunyai urusan dengan agensi penguatkuasaan yang diwakili pegawai berkenaan.

Bahan pendedahan mendakwa Abdul Haq dan syarikatnya pernah mempunyai pertikaian dengan rakan kongsi serta bekas pekerja. Turut didakwa bahawa saluran penguatkuasaan digunakan dalam beberapa pertikaian tersebut.

MAKA SPRM perlu menjawab:

1. Pernahkah Abdul Haq atau Estetika Medispa menjadi pengadu, saksi atau subjek dalam mana-mana siasatan SPRM Terengganu?

2. Adakah Hazrul Shazreen, Muhamad Syakirin atau Mohd Yuslin mempunyai sebarang peranan dalam fail tersebut?

3. Pernahkah mereka mengarahkan serbuan, rakaman percakapan, pembukaan atau penutupan siasatan yang mempunyai kaitan dengan Abdul Haq?

4. Adakah mana-mana aduan terhadap Abdul Haq atau syarikatnya ditutup tanpa tindakan lanjut?

5. Jika benar berlaku penajaan, adakah manfaat itu diterima sebelum, semasa atau selepas sesuatu keputusan siasatan dibuat?

6. Adakah perjalanan dan manfaat tersebut diisytiharkan kepada SPRM mengikut peraturan penerimaan hadiah dan tatakelakuan penjawat awam?

Dakwaan Bayaran Berkala, Kenderaan dan Wang Tunai

Pendedahan sama turut mengandungi dakwaan lebih berat mengenai bayaran berkala melalui pihak perantara, penggunaan beberapa buah kenderaan serta pemberian wang bagi pembelian kereta kepada ahli keluarga seorang pegawai. Anak seorang pegawai SPRM yang menyertai lawatan percutian ke Sabah dilaporkan menerima wang RM30k untuk membeli kereta

Anak pegawai SPRM diberi kereta

Maklumat tersebut boleh menjadi petunjuk awal bagi semakan aliran wang, pemilikan kenderaan, pendaftaran atas nama pihak ketiga dan transaksi antara syarikat dengan individu berkaitan.

Pegar Makan Padi?

SPRM diwujudkan untuk menyiasat pemberian dan penerimaan suapan. Oleh itu, sebarang dakwaan bahawa pegawainya sendiri menerima tiket, percutian atau manfaat daripada seorang ahli perniagaan tidak boleh disiasat secara sambil lewa.

Lebih membimbangkan, individu yang dinamakan bukan pegawai bawahan semata-mata. Pendedahan itu melibatkan seorang pengarah negeri dan seorang ketua siasatan—dua kedudukan yang mempunyai pengaruh langsung terhadap arah, keutamaan serta pengendalian siasatan di peringkat negeri.

Sekiranya mereka mempunyai hubungan rapat dengan pihak yang menjadi pengadu, subjek atau pihak berkepentingan dalam sesuatu kes, integriti keseluruhan proses siasatan boleh dipersoalkan.

SPRM juga tidak boleh menyerahkan siasatan ini kepada pejabat negeri yang sama. Ia akan mewujudkan konflik kepentingan yang nyata, terutama jika saksi, rekod dan pegawai bawahan berada di bawah struktur pentadbiran individu yang dinamakan.

Satu pasukan bebas dari Ibu Pejabat SPRM perlu mengambil alih pemeriksaan dokumen, memelihara rekod digital dan merekodkan keterangan semua pihak sebelum bukti berpotensi hilang atau diubah.

SPRM Perlu Siasat Pengarah SPRM Negeri dan Pegawainya Sendiri

The Malaysian Corporate menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM mengarahkan siasatan bebas terhadap semua individu yang dinamakan.

Dapat Datuk tapi perangai tak berubah

Siasatan perlu merangkumi rekod tempahan penerbangan, penyata bank, akaun syarikat, tuntutan perjalanan, rekod cuti, pengisytiharan hadiah, komunikasi antara pihak terlibat serta semua fail SPRM Terengganu yang mempunyai kaitan dengan Abdul Haq dan Estetika Medispa.

Back To Top