Pakar Forensik Lapor Polis: Dakwa ditekan Peguam dan Bekas KP SPRM dedah gambar bedah siasat Noorizwan

KUALA LUMPUR – Isu integriti siasatan kes kematian dalam tahanan polis kembali mencetuskan kontroversi selepas seorang pakar patologi forensik kanan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu.

Beliau mendakwa telah ditekan dan dikasari oleh sekumpulan peguam yang mendesak supaya gambar bedah siasat didedahkan sebelum laporan penuh disiapkan.

Laporan polis yang dibuat di Cheras itu berhubung kait dengan insiden pada 2 Oktober lalu di Unit Forensik HCTM.

Semasa kejadian, pakar terbabit didatangi oleh tiga peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Noorizwan bin Zulkefly—yang dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan—bersama ahli keluarga mangsa.

Menurut laporan berkenaan, salah seorang peguam bertindak berkeras dan meninggikan suara bagi menuntut agar gambar bedah siasat ditunjukkan serta-merta.

Peguam terbabit turut memberi amaran bahawa pakar patologi itu boleh turut didakwa sekiranya hasil laporan bedah siasat kelak tidak sepadan dengan bukti yang diperoleh pihak mereka.

Akibat tekanan emosi dan cara komunikasi yang tidak selesa semasa menjalankan tugas rasmi, pakar berkenaan akhirnya terpaksa mendedahkan imej sensitif tersebut serta menerangkan butiran kecederaan mangsa kepada pihak yang hadir.

Biarpun telah melarang sebarang bentuk rakaman, pihak peguam didapati terus mencatat setiap penerangan saintifik yang dikeluarkan.

sejak bila Peguam boleh menyiasat bukti, dan menjadi Pegawai Penyiasat tanpa perintah mahkamah ? adakah mereka lupa batas dan ini bukan kandang tertuduh dan saksi di dalam Mahkamah.

Batas Kerahsiaan dan Etika Forensik Terancam

Pakar patologi itu menegaskan bahawa gambar bedah siasat merupakan bahan forensik yang amat sensitif dan mengandungi maklumat perubatan kritikal.

Akses kepada bahan tersebut sepatutnya dikendalikan secara tertib mengikut lunas undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa, bukannya melalui desakan di luar saluran mahkamah.

Laporan tersebut dibuat bukan dengan niat untuk menghalang keadilan atau menafikan hak waris, sebaliknya bagi merasmikan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan data forensik serta tekanan luar terhadap integriti pegawai perubatan.

Latar Belakang Kes Kematian Simati

Allahyarham Noorizwan bin Zulkefly, 42, sebelum ini disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan HCTM pada 1 Oktober lalu selepas dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri dari lokap IPD Cheras.

Kes tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat lengkap.

Isu Kepentingan Seimbang

Insiden ini mencetuskan perdebatan tentang pentingnya mencari keseimbangan dalam sistem perundangan negara.

Di satu sudut, keluarga simati berhak mendapat jawapan yang telus mengenai punca kematian, namun di sudut yang lain, saksi pakar mesti dilindungi daripada sebarang bentuk tekanan, intimidasi, atau tindakan luar mahkamah agar kesahihan data saintifik yang dibawa ke mahkamah tidak tercemar atau boleh dipertikaikan kelak.

Sementara itu, Lawyers for Liberty (LFL) mempertahankan tindakan ketiga-tiga peguam tersebut.

Pakar patologi forensik memainkan peranan neutral dalam kes kematian dalam tahanan. Mereka tidak mewakili polis mahupun keluarga, sebaliknya bertanggungjawab melaporkan dapatan saintifik daripada pemeriksaan yang dijalankan.

Kes ini menimbulkan dua kepentingan yang perlu dilihat serentak. Keluarga Allahyarham berhak kepada jawapan yang menyeluruh tentang punca kematian, manakala saksi pakar perlu dilindungi daripada tekanan supaya dapatan mereka tidak boleh dipertikaikan di mahkamah.

Laporan polis berhubung pertemuan tersebut kini dalam siasatan. Tiada tangkapan dibuat setakat

Back To Top