[VIDEO] IJM dijual kepada Sunway: Akmal suarakan kegusaran pegangan bumiputera terhakis, aset strategik negara terancam

Cadangan pengambilalihan IJM Corporation Berhad oleh Kumpulan Sunway kini mencetuskan kemarahan terbuka apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, tampil memberi amaran keras bahawa langkah itu berpotensi penguasaan aset strategik negara dan menghakis pegangan Bumiputera secara sistematik.

Menurut Akmal, IJM bukan syarikat biasa yang boleh diperdagangkan sesuka hati atas nama “korporat”, sebaliknya sebuah entiti strategik milik rakyat yang sahamnya dipegang oleh institusi-institusi utama negara — KWSP, PNB, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Haji dan LTAT.

“Hampir 47.1% saham IJM berkepentingan kerajaan dan rakyat. Ini bukan urus niaga komersial kecil. Ini soal kedaulatan ekonomi,” tegasnya.

Akmal mempersoalkan rasional cadangan pengambilalihan tersebut apabila IJM berada dalam keadaan sihat dan menguntungkan, dengan keuntungan hampir RM964.1 juta dan hasil melebihi RM5.92 bilion.

“IJM tidak tenat. Tidak rugi. Tidak gagal. Jadi kenapa perlu diserah kepada syarikat milik individu?” soalnya secara terbuka.

Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai mencurigakan, seolah-olah kekayaan strategik negara sedang dipindahkan secara senyap daripada institusi awam kepada kuasa korporat persendirian.

Lebuh Raya, Pelabuhan & Infrastruktur Negara Dalam Risiko

Lebih membimbangkan, IJM menguasai aset-aset strategik negara termasuk:

  • Lebuh raya NPE
  • BESRAYA
  • LEKAS
  • WCE
  • Pelabuhan Kuantan — nadi logistik dan geopolitik pantai timur

“Jika pengambilalihan ini diteruskan, semua aset ini akan berada di bawah kawalan satu kumpulan milik individu. Ini bukan isu saham semata-mata, ini isu keselamatan ekonomi negara,” katanya.

Isyarat Bahaya: Bumiputera Sekali Lagi Terpinggir

Akmal menegaskan, pengambilalihan ini berisiko menjadi episod baharu penghakisan ekuiti Bumiputera, apabila syarikat yang dibina melalui dana rakyat dan institusi Bumiputera akhirnya terlepas ke tangan pihak berkepentingan sempit.

“Bila aset strategik negara dilepaskan, siapa yang untung? Dan siapa yang rugi? Rakyat perlu jawab soalan ini,” katanya.

Kerajaan Diminta Campur Tangan, Bukan Berdiam Diri

Sehubungan itu, Akmal menggesa kerajaan tidak berpeluk tubuh dan segera menilai cadangan ini secara menyeluruh, telus dan berpaksikan kepentingan nasional — bukan semata-mata logik pasaran bebas.

“Ini bukan soal Sunway atau IJM semata-mata. Ini soal siapa mengawal ekonomi negara dalam jangka panjang.”

LAIN – LAIN ARTIKEL

Pembangkang digesa bangkitkan isu cadangan penguasaan saham IJM oleh Sunway di Dewan Rakyat hujung bulan ini

Pegangan Rakyat & Bumiputera Terhakis: Afdlin Shauki Gesa Kerajaan Teliti Tawaran RM11 Bilion Sunway Ambil Alih IJM

Rugikan Bumiputera & Dana GLIC: PERDASAMA Tolak Cadangan Sunway Ambil Alih IJM, Desak Campur Tangan Kerajaan

Back To Top