
Pantas mengambil kesempatan daripada populariti dan viraliti restoren Rembayung yang baru dibuka oleh Khairul Aming, seorang pemilik tanah bersebelahan telah membuka tawaran untuk menjual tanahnya di laman Mudah.my.

Harga yang ditawarkan oleh owner tanah berkeluasan 4,865 ekar di belakang restoren Rembayung itu adalah dalam nilai RM1.9 juta. Ramai netizen masuk komen dan mengesyorkan owner tersebut tidak menjual tanahnya, sebaliknya mereka mencadangkan secara berjemaah agar owner itu membuka kawasan parking. Ada netizen yang tolong membuat kiraan untuk memudahkan owner terbabit.

Menurut kiraan netizen itu berdasarkan bantuan chatgpt, jika ada 400 kereta memasuki parking tersebut dalam sehari dengan bayaran RM5 sekali parking, maka pendapatan harian adalah RM2,000 sehari. Jika dalam sebulan, boleh jadi dalam RM60,000. Selama 950 hari atau 2 tahun setengah owner tersebut sudah boleh mengambil balik modal pusingan sebanyak RM1.9 juta. Jika ada mana-mana pembeli yang mahu membeli untuk membuat kawasan parking, amatlah disyorkan.

