Kantoi skandal CEO Invest bertunang pada oktober di Hotal Hyatt: Siasat semua salahguna kuasa perjalanan percutian ke luar negara!

Kerajaan Sabah dilaporkan telah mengarahkan pihak pengurusan tertinggi Invest Sabah Berhad dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan serius yang dibangkitkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, susulan pendedahan awal yang tular sebelum ini mengenai isu salah guna kuasa dan hubungan tidak wajar di tempat kerja.

Arahan tersebut difahamkan dibuat selepas beberapa pihak menimbulkan persoalan berhubung hubungan cinta antara CEO Invest Sabah, Dr Firdausi, dengan seorang pegawai perhubungan awam (PR) Ily Lia Affiqah yang didakwa mempunyai kaitan langsung dengan urusan perjalanan rasmi dan perbelanjaan syarikat.

Apakah semua ini fitnah? Menurut maklumat yang diperoleh portal ini, hubungan berkenaan kini menjadi perhatian selepas pasangan tersebut mengadakan majlis pertunangan pada 25 Oktober 2025 di Hotel Hyatt Regency di Kota Kinabalu, sekali gus mencetuskan membuktikan wujudnya konflik kepentingan sebelum dan selepas tarikh tersebut.

Dakwaan perjalanan bersama dan penggunaan dana pejabat

Seperti pendedahan sebelum ini, CEO dan pegawai berkenaan kerap melakukan perjalanan bersama ke beberapa destinasi termasuk Osaka, Brunei dan Semenanjung Malaysia, dengan sebahagian kos perjalanan, tiket penerbangan, penginapan dan tuntutan berkaitan dipercayai menggunakan peruntukan atau kemudahan rasmi organisasi.

Menurut sumber dalaman, keadaan itu menimbulkan persoalan serius mengenai salah guna kuasa dan konflik kepentingan, khususnya jika kelulusan perjalanan dan tuntutan dibuat oleh pihak yang mempunyai hubungan peribadi rapat.

“Selepas pertunangan diumumkan, sebarang perjalanan bersama melibatkan CEO dan pegawai terbabit jelas menimbulkan konflik kepentingan kerana wujud hubungan peribadi yang nyata,” kata seorang sumber yang enggan dinamakan.

Dakwaan arahan melupuskan dokumen

Lebih membimbangkan, wujud arahan supaya dokumen, rekod atau fail tertentu dipadam atau dilupuskan, yang dikaitkan dengan urusan perjalanan dan perbelanjaan CEO berkenaan. Bukankah ini tak betul?

Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi, dan CEO berkenaan juga belum tampil memberikan penjelasan terbuka bagi menafikan dakwaan yang beredar.

“Beliau dilihat yakin kedudukannya tidak terjejas dan dipercayai berusaha menutup isu ini daripada terus diperbesar,” kata sumber itu lagi, sambil mendakwa terdapat kebimbangan isu berkenaan dimanipulasi oleh pihak pembangkang jika Kerajaan Sabah tidak menanganinya segera.

Mengapa Dr Firdausi tak lapor sebab skandal itu benar dan kini sudah terbukti untuk tutup kes mereka terpaksa bertunang!

Desakan siasatan bebas dan tindakan tegas

Pemerhati berpandangan, sekiranya dakwaan salah guna kuasa, konflik kepentingan dan penggunaan dana awam ini tidak dijawab secara telus, ia boleh menjejaskan kredibiliti Invest Sabah serta imej pentadbiran negeri secara keseluruhan.

Mereka menggesa supaya:

  • satu siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan,
  • CEO dan pegawai berkenaan perlu digantung terlebih dahulu untuk siasatan
  • semua rekod perjalanan dan tuntutan diperiksa secara forensik,
  • serta penjelasan rasmi dikeluarkan kepada umum bagi menamatkan spekulasi.

Setakat laporan ini disiarkan, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh CEO Invest Sabah atau Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) bagi menjawab dakwaan-dakwaan tersebut.

Datuk Thomas Logijin Setiausaha Tetap (SUT)  Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah nampaknya berdiam diri kerana bimbang beliau terkantoi dalam menyelesaikan kes ini.

Back To Top